Thursday, June 16, 2011
Aku Bangun Semula
Assalamualaikum. .pertama sekali,alhamdulillah,rasa sakit yang menusuk hati telah pun berkurangan. Tapi saya masih bimbang,kerana saya tidak mahu kehilangan seorang sahabat.Tambahan lagi,dia selalu membuat saya teringat kepada Allah. Mungkin sudah sampai seminggu saya tidak mendengar khabarnya. Saya masih tidak faham mengapa dia perlu menghilang,padahal saya tidak berlaku salah. Atau mungkin saya tidak menyedarinya. Saya kini,bak kata orang Inggeris 'walking solo' ! Memang ada kebaikan dan keburukannya sendiri. Tetapi saya tidak berniat untuk menceritakan hal tersebut di sini. Saya sekarang berada di atas satu barisan yang nipis. Di sebelah kiri ada lah 'Fauzan' yang mencuba untuk mencari pengganti,walaupun dia mengetahui eanya adalah salah. Dia sesungguhnya masih mempunyai perasaan walaupun sedikit terhadap wanita yang telah meninggalkannya. Manakala di sebelah kanan adalah 'Fauzan' yang berusaha untuk menahan diri dan berhati hati dari terjatuh ke perangkap cinta yang mungkin tidak membawa kebaikan. Dia percaya bahawa dia masih terlalu muda untuk memikirkan hal perkahwinan dan dia menanti akan harinya dia betul betul bersedia untuk berumah tangga. Memang 'Fauzan' yang berada di sebelah kanan adalah lebih baik dari yang di sebelah kiri. Dan memang 'wanita Y' mahukan saya untuk menjadi 'Fauzan' yang berada di sebelah kanan. Jika saya menjadi 'Fauzan' di kiri,maka sia sia lah pengorbanan 'wanita Y' . . Dengan ini saya berharap saya berjalan menuju ke arah yang betul,perjalanan ke arah kebaikan,amin ya rabbal alamin. . Assalamualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)